Kemasukan Sesi 2018 MATA - Maahad Tahfiz Al - Hakim Pengambilan pelajar baru berumur 12 hingga 15 tahun untuk menyambung pengajia...

Kemasukan Sesi 2018


MATA - Maahad Tahfiz Al - Hakim


Pengambilan pelajar baru berumur 12 hingga 15 tahun untuk menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Al - Hakim bagi sesi 2018 telah di buka.

Permohonan kemasukan ke MATA boleh di buat dengan cara mengisi borang online di laman rasmi maahad; atau tekan pada butang daftar di bawah:


Kemasukan Januari 2018 MTBI

Maklumat Kemasukan Ke MATA


MATA menjemput para pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 15 tahun pada tahun 2018 untuk mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab; dengan modul yang akan dilaksanakan mengikut 3 blueprint utama MATA.

Bagi calon yang berminat, anda mestilah boleh membaca dan menulis, selain boleh juga membaca Al - Quran serta berminat untuk menghafalnya.

Calon - calon juga haruslah memiliki tubuh badan yang sihat supaya dapat mengikuti pengajian dengan baik.

Kemasukan ke MATA hanyalah dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Kemasukan ke MATA akan melalui satu ujian yang akan di adakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh Ujian

• 26 November 2017 (Ahad)

• 02 Disember 2017 (Sabtu)
• 03 Disember 2017 (Ahad)
• 16 Disember 2017 (Sabtu)

Calon-calon boleh memilih untuk hadir pada mana-mana tarikh ujian mengikut kesesuaian jadual masing-masing. Ujian akan dijalankan pada masa yang sama untuk kesemua tarikh iaitu pada:

Masa Ujian

• Pagi: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
• Petang: 2.30 hingga 3.30 petang.

p/s: Untuk hadir ke ujian kemasukan, calon-calon mesti mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu; dan ianya mestilah dilakukan sebelum tarikh ujian bermula.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi MATA di talian berikut:

No Telefon Pejabat: 09 - 740 6720
Whatsapp Pejabat: 011 - 1146 6856

Maklumat Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2018 MATA


Yuran


Bagi setiap permohonan yang berjaya, berikut adalah yuran yang perlu anda sediakan:

Yuran Pendaftaran: RM100.00
Yuran Pengajian / Asrama / Makan: RM350.00

Mana-mana calon yang berminat dan berpotensi tetapi tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan, MATA akan membantu anda melalui tabung kebajikan.

Pendaftaran untuk kemasukan sesi 2018 boleh dibuat dengan hanya tekan butang daftar berikut:



Kemasukan Januari 2018 MTBI

Sambung Belajar di MATA Maahad Tahfiz Al - Hakim membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran d...

Sambung Belajar di MATA


Maahad Tahfiz Al - Hakim membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab.

Bermula 2018, mana-mana pelajar yang berumur dari 12 hingga 15 tahun adalah layak untuk menyambung pelajaran di MATA, dengan syarat bakal pelajar perlulah pandai membaca, menulis dan mengira serta boleh menguruskan diri dengan baik.

Ini bagi memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran dari modul didikan yang di bina khas MATA bagi tujuan melahirkan generasi pelapis yang menepati visi MATA dalam dunia pendidikan.

Sesungguhnya bagi pihak MATA, penerapan didikan yang baik adalah lebih utama selari dengan matlamat umumnya untuk melahirkan masyarat yang mampu memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarat dan negara. 


Di Sebalik MATA


Barisan peneraju utama yang mengisi carta organisasi tertinggi Maahad Tahfiz Al - Hakim adalah dari kalangan mereka yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu akademik.

Mereka merupakan pendidik yang masih sangat aktif dalam mencurahkan bakti mendidik masyarakat samada melalui penulisan buku, penyampaian kuliah di masjid dan juga pengajaran secara formal di dalam kelas atau secara persendirian.

Justeru, hasil dari pengalaman luas mereka dalam mendidik masyarat kini diterjemahkan dalam satu bentuk pembelajaran formal bagi menyampaikan pendidikan secara berstruktur dan tersusun.

Inspirasi penubuhan MATA lebih dari mengejar kejayaan akademik semata, namun turut menitikberatkan keseimbangan sahsiah pelajar agar membentuk peribadi muslim contoh untuk menyebarkan risalah Islam.

Pembelajaran di MATA


Terdapat 12 kelebihan MATA berikan untuk para pelajar yang meliputi prasarana moden dan terkini dalam membantu meningkatkan tahap keberkesanan pembelajaran.

Bilik kelas berhawa dingin serta asrama berdekatan dengan tempat belajar menunjukkan betapa kebajikan pelajar di MATA amat dititik beratkan.

Kesemua pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran di MATA akan dianugerahkan sijil tahfiz dari JAKIM dan MATA, selain sijil sanad yang dikeluarkan khas oleh pihak MATA.

Selain itu, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara sebagaimana yang telah digariskan dalam 12 kelebihan MATA.


Kemasukan Januari 2018 MTBI

Melahirkan Generasi Contoh


Pendidikan yang lengkap adalah pendidikan yang seimbang penghayatannya dari segi ilmu akademik dan pembangunan sahsiah pelajar, terutama bila penguasaan Al - Quran dijadikan sebagai kayu ukur dalam kemajuan insani.

Mendaftar di MATA adalah langkah pertama untuk menguasai pendidikan Al - Quran dan pengajian islam, justeru membentuk peribadi contoh kepada masyarakat dan negara.

Pengenalan MATA Maahad Tahfiz Al - Hakim atau MATA adalah sebuah pusat pengajian yang telah ditubuhkan pada tahun 2017; dan lokasinya t...

Pengenalan MATA


Maahad Tahfiz Al - Hakim atau MATA adalah sebuah pusat pengajian yang telah ditubuhkan pada tahun 2017; dan lokasinya terletak di Kompleks Masjid Al - Hakim, Kota Bharu, Kelantan.

MATA menawarkan pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab dengan modul komprehensif bertujuan melahirkan generasi (Quraani) pelajar yang penghafaz Al - Quran yang mantap dan mahir dalam bahasa Arab untuk menjadi contoh terbaik bagi menyebarkan risalah Islam.


Pembangunan Sahsiah Insani Jadi Agenda


Pengajian di MATA bukan berteraskan sistem konvensional semata-mata, bahkan MATA secara akar umbinya mahu membina sahsiah pelajar melalui 3 matlamat utama iaitu:

Matlamat Umum


MATA percaya nilai keinginan, kesungguhan dan semangat dapat ditanam dalam diri pelajar secara umumnya melalui kefahaman yang baik tentang maksud Al - Quran.

Selain itu, penerapan didikan yang baik kepada pelajar adalah kaedah terbaik dalam mendidik agar mereka dapat menjadi masyarakat yang baik dan beriman kepada Allah s.w.t; serta mengetahui tanggungjawab mereka terhadap tanah air.


Matlamat Pengajian Al - Quran


Al - Quran merupakan kitab utama bagi umat islam, justeru MATA telah merangka satu kaedah pembelajaran yang khusus bagi meningkatkan penguasaan Al - Quran di kalangan pelajar, bukan sekadar dari segi pembacaan  & hafalan, malah penghayatan pada isi kandungannya juga.

Secara terperincinya, MATA telah mengeluarkan 7 garis panduan matlamat pengajian Al - Quran yang akan diterapkan pada setiap penuntut sepanjang tempoh pengajian mereka di MATA.

Matlamat Kemahiran Bahasa Arab



Modul pembelajaran bahasa arab yang disediakan di MATA adalah berasaskan dari penguasaan 4 kemahiran bahasa iaitu mendengar, bercakap, menulis dan membaca. Ini bagi membolehkan mereka memahami Al - Quran, hadis dan ilmu syariat serta berkemampuan bertutur bahasa arab.

Malahan, MATA juga berhasrat dapat mempersiapkan pelajarnya supaya dapat menyambung pelajaran di 2 maahad luar negara selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat menengah (tamhidi).


Penglibatan para tenaga pengajar mahir di MATA adalah merupakan tulang belakang penting bagi memastikan setiap nilai dan kemahiran dapat diterapkan kepada para pelajar dengan sebaiknya.



Teras Pendidikan MATA



Kesimpulannya, MATA percaya matlamat penerapan didikan yang baik pada setiap pelajarnya bakal melahirkan generasi yang bukan sahaja alim dalam akademik, malah memiliki akhlak terpuji yang menjadi contoh terbaik bagi menyebarkan risalah islam.