Pengenalan MTBI Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab atau MTBI adalah sebuah pusat pengajian yang telah ditubuhkan pada tahun 2017; ...

MTBI - Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab

Pengenalan MTBI


Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab atau MTBI adalah sebuah pusat pengajian yang telah ditubuhkan pada tahun 2017; dan lokasinya terletak di Kompleks Masjid Al - Hikmah, Kota Bharu, Kelantan.

MTBI menawarkan pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab dengan modul komprehensif bertujuan melahirkan generasi (Quraani) pelajar yang penghafaz Al - Quran yang mantap dan mahir dalam bahasa Arab untuk menjadi contoh terbaik bagi menyebarkan risalah Islam.


Pembangunan Sahsiah Insani Jadi Agenda


Pengajian di MTBI bukan berteraskan sistem konvensional semata-mata, bahkan MTBI secara akar umbinya mahu membina sahsiah pelajar melalui 3 matlamat utama iaitu:

Matlamat Umum


MTBI percaya nilai keinginan, kesungguhan dan semangat dapat ditanam dalam diri pelajar secara umumnya melalui kefahaman yang baik tentang maksud Al - Quran.

Selain itu, penerapan didikan yang baik kepada pelajar adalah kaedah terbaik dalam mendidik agar mereka dapat menjadi masyarakat yang baik dan beriman kepada Allah s.w.t; serta mengetahui tanggungjawab mereka terhadap tanah air.


Matlamat Pengajian Al - Quran


Al - Quran merupakan kitab utama bagi umat islam, justeru MTBI telah merangka satu kaedah pembelajaran yang khusus bagi meningkatkan penguasaan Al - Quran di kalangan pelajar, bukan sekadar dari segi pembacaan  & hafalan, malah penghayatan pada isi kandungannya juga.

Secara terperincinya, MTBI telah mengeluarkan 7 garis panduan matlamat pengajian Al - Quran yang akan diterapkan pada setiap penuntut sepanjang tempoh pengajian mereka di MTBI.

Matlamat Kemahiran Bahasa Arab



Modul pembelajaran bahasa arab yang disediakan di MTBI adalah berasaskan dari penguasaan 4 kemahiran bahasa iaitu mendengar, bercakap, menulis dan membaca. Ini bagi membolehkan mereka memahami Al - Quran, hadis dan ilmu syariat serta berkemampuan bertutur bahasa arab.

Malahan, MTBI juga berhasrat dapat mempersiapkan pelajarnya supaya dapat menyambung pelajaran di 2 maahad luar negara selepas berjaya menamatkan pengajian peringkat menengah (tamhidi).


Penglibatan para tenaga pengajar mahir di MTBI adalah merupakan tulang belakang penting bagi memastikan setiap nilai dan kemahiran dapat diterapkan kepada para pelajar dengan sebaiknya.



Teras Pendidikan MTBI



Kesimpulannya, MTBI percaya matlamat penerapan didikan yang baik pada setiap pelajarnya bakal melahirkan generasi yang bukan sahaja alim dalam akademik, malah memiliki akhlak terpuji yang menjadi contoh terbaik bagi menyebarkan risalah islam.


1 ulasan: