Sambung Belajar di MTBI Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanju...

MTBI - Realisasi Impian Belajar

Sambung Belajar di MTBI


Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab.

Bermula 2018, mana-mana pelajar yang berumur dari 12 hingga 15 tahun adalah layak untuk menyambung pelajaran di MTBI, dengan syarat bakal pelajar perlulah pandai membaca, menulis dan mengira serta boleh menguruskan diri dengan baik.

Ini bagi memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran dari modul didikan yang di bina khas MTBI bagi tujuan melahirkan generasi pelapis yang menepati visi MTBI dalam dunia pendidikan.

Sesungguhnya bagi pihak MTBI, penerapan didikan yang baik adalah lebih utama selari dengan matlamat umumnya untuk melahirkan masyarat yang mampu memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarat dan negara. 


Di Sebalik MTBI


Barisan peneraju utama yang mengisi carta organisasi tertinggi Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab adalah dari kalangan mereka yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu akademik.

Mereka merupakan pendidik yang masih sangat aktif dalam mencurahkan bakti mendidik masyarakat samada melalui penulisan buku, penyampaian kuliah di masjid dan juga pengajaran secara formal di dalam kelas atau secara persendirian.

Justeru, hasil dari pengalaman luas mereka dalam mendidik masyarat kini diterjemahkan dalam satu bentuk pembelajaran formal bagi menyampaikan pendidikan secara berstruktur dan tersusun.

Inspirasi penubuhan MTBI lebih dari mengejar kejayaan akademik semata, namun turut menitikberatkan keseimbangan sahsiah pelajar agar membentuk peribadi muslim contoh untuk menyebarkan risalah Islam.

Pembelajaran di MTBI


Terdapat 12 kelebihan MTBI berikan untuk para pelajar yang meliputi prasarana moden dan terkini dalam membantu meningkatkan tahap keberkesanan pembelajaran.

Bilik kelas berhawa dingin serta asrama berdekatan dengan tempat belajar menunjukkan betapa kebajikan pelajar di MTBI amat dititik beratkan.

Kesemua pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran di MTBI akan dianugerahkan sijil tahfiz dari JAKIM dan MTBI, selain sijil sanad yang dikeluarkan khas oleh pihak MTBI.

Selain itu, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara sebagaimana yang telah digariskan dalam 12 kelebihan MTBI.


Kemasukan Januari 2018 MTBI

Melahirkan Generasi Contoh


Pendidikan yang lengkap adalah pendidikan yang seimbang penghayatannya dari segi ilmu akademik dan pembangunan sahsiah pelajar, terutama bila penguasaan Al - Quran dijadikan sebagai kayu ukur dalam kemajuan insani.

Mendaftar di MTBI adalah langkah pertama untuk menguasai pendidikan Al - Quran dan pengajian islam, justeru membentuk peribadi contoh kepada masyarakat dan negara.

0 ulasan: