Kemasukan Sesi 2018 Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab Pengambilan pelajar baru berumur 12 hingga 15 tahun untuk menyambung p...

Pengambilan Pelajar Baru MTBI

Kemasukan Sesi 2018


Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab


Pengambilan pelajar baru berumur 12 hingga 15 tahun untuk menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Al - Quran dan Bahasa Arab bagi sesi 2018 telah di buka.

Permohonan kemasukan ke MTBI boleh di buat dengan cara mengisi borang online di laman rasmi maahad; atau tekan pada butang daftar di bawah:


Kemasukan Januari 2018 MTBI

Maklumat Kemasukan Ke MTBI


MTBI menjemput para pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 12 hingga 15 tahun pada tahun 2018 untuk mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab; dengan modul yang akan dilaksanakan mengikut 3 blueprint utama MTBI.

Bagi calon yang berminat, anda mestilah boleh membaca dan menulis, selain boleh juga membaca Al - Quran serta berminat untuk menghafalnya.

Calon - calon juga haruslah memiliki tubuh badan yang sihat supaya dapat mengikuti pengajian dengan baik.

Kemasukan ke MTBI hanyalah dibuka untuk warganegara Malaysia sahaja.

Maklumat Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2018 MTBI



Kemasukan ke MTBI akan melalui satu ujian yang akan di adakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh Ujian

• 26 November 2017 (Ahad)

• 02 Disember 2017 (Sabtu)
• 03 Disember 2017 (Ahad)
• 16 Disember 2017 (Sabtu)

Calon-calon boleh memilih untuk hadir pada mana-mana tarikh ujian mengikut kesesuaian jadual masing-masing. Ujian akan dijalankan pada masa yang sama untuk kesemua tarikh iaitu pada:

Masa Ujian

• Pagi: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
• Petang: 2.30 hingga 3.30 petang.

p/s: Untuk hadir ke ujian kemasukan, calon-calon mesti mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu; dan ianya mestilah dilakukan sebelum tarikh ujian bermula.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi MTBI di talian berikut:

No Telefon Pejabat: 09 - 7740 777
Whatsapp Pejabat: 011 - 1146 6856

Maklumat Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2018 MTBI


Yuran


Bagi setiap permohonan yang berjaya, berikut adalah yuran yang perlu anda sediakan:

Yuran Pendaftaran: RM100.00
Yuran Pengajian / Asrama / Makan: RM350.00

Mana-mana calon yang berminat dan berpotensi tetapi tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan, MTBI akan membantu anda melalui tabung kebajikan.

Pendaftaran untuk kemasukan sesi 2018 boleh dibuat dengan hanya tekan butang daftar berikut:



Kemasukan Januari 2018 MTBI

0 ulasan: