Kemasukan Sesi 2019 MATA - Maahad Tahfiz Al - Hakim Pengambilan pelajar baru berumur 13 tahun untuk menyambung pengajian di Maaha...

Pengambilan Pelajar Baru

Kemasukan Sesi 2019


MATA - Maahad Tahfiz Al - Hakim


Pengambilan pelajar baru berumur 13 tahun untuk menyambung pengajian di Maahad Tahfiz Al - Hakim bagi sesi 2019 telah di buka.

Permohonan kemasukan ke MATA boleh di buat dengan cara mengisi borang online di laman rasmi maahad; atau tekan pada butang daftar di bawah:



Maklumat Kemasukan Ke MATA


MATA menjemput para pelajar lelaki sahaja yang berumur 13 tahun pada tahun 2019 untuk mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab bersama kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia; dengan modul yang akan dilaksanakan mengikut 3 blueprint utama MATA.

Bagi calon yang berminat, anda mestilah boleh membaca Al - Quran serta berminat untuk menghafalnya.

Calon - calon juga haruslah memiliki tubuh badan yang sihat supaya dapat mengikuti pengajian dengan baik.

Kemasukan ke MATA akan melalui satu ujian yang akan diadakan pada tarikh seperti berikut:

Tarikh Ujian

• 24 November 2018 (Sabtu)

• 25 November 2018 (Ahad)
• 01 Disember 2018 (Sabtu)
• 02 Disember 2018 (Ahad)

Calon-calon boleh memilih untuk hadir pada mana-mana tarikh ujian mengikut kesesuaian jadual masing-masing. Ujian akan dijalankan pada masa yang sama untuk kesemua tarikh iaitu pada:

Masa Ujian

• Pagi: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
• Petang: 2.30 hingga 3.30 petang.

p/s: Untuk hadir ke ujian kemasukan, calon-calon mesti mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu; dan ianya mestilah dilakukan sebelum tarikh ujian bermula.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi MATA di talian berikut:

No Telefon Pejabat: 09 - 740 6720
Whatsapp Pejabat: 011 - 1148 4657

Maklumat Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2019 MATA

Maklumat Iklan Pengambilan Pelajar Baru 2018 MATA


Yuran


Bagi setiap permohonan yang berjaya, berikut adalah yuran yang perlu anda sediakan:

Yuran Pendaftaran: RM100.00
Yuran Pengajian / Asrama / Makan: RM350.00

Mana-mana calon yang berminat dan berpotensi tetapi tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan, MATA akan membantu anda melalui tabung kebajikan.

Pendaftaran untuk kemasukan sesi 2019 boleh dibuat dengan hanya tekan butang daftar berikut:




0 ulasan: