Sambung Belajar di MATA Maahad Tahfiz Al - Hakim membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran d...

MATA - Realisasi Impian Belajar

Sambung Belajar di MATA


Maahad Tahfiz Al - Hakim membuka pintu seluasnya bagi mana-mana bakal pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran dalam pengajian Al - Quran dan Bahasa Arab disamping subjek akademik yang lain.

Bermula 2019, mana-mana pelajar yang berumur dari 13 tahun adalah layak untuk menyambung pelajaran di MATA, dengan syarat bakal pelajar perlulah pandai membaca, menulis dan mengira serta boleh menguruskan diri dengan baik.

Ini bagi memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran dari modul didikan yang di bina khas MATA bagi tujuan melahirkan generasi pelapis yang menepati visi MATA dalam dunia pendidikan.

Sesungguhnya bagi pihak MATA, penerapan didikan yang baik adalah lebih utama selari dengan matlamat umumnya untuk melahirkan masyarat yang mampu memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarat dan negara. 


Di Sebalik MATA


Barisan peneraju utama yang mengisi carta organisasi tertinggi Maahad Tahfiz Al - Hakim adalah dari kalangan mereka yang mahir dalam pelbagai cabang ilmu akademik.

Mereka merupakan pendidik yang masih sangat aktif dalam mencurahkan bakti mendidik masyarakat samada melalui penulisan buku, penyampaian kuliah di masjid dan juga pengajaran secara formal di dalam kelas atau secara persendirian.

Justeru, hasil dari pengalaman luas mereka dalam mendidik masyarat kini diterjemahkan dalam satu bentuk pembelajaran formal bagi menyampaikan pendidikan secara berstruktur dan tersusun.

Inspirasi penubuhan MATA lebih dari mengejar kejayaan akademik semata, namun turut menitikberatkan keseimbangan sahsiah pelajar agar membentuk peribadi muslim contoh untuk menyebarkan risalah Islam.

Pembelajaran di MATA


Terdapat 12 kelebihan MATA berikan untuk para pelajar yang meliputi prasarana moden dan terkini dalam membantu meningkatkan tahap keberkesanan pembelajaran.

Kesemua pelajar yang berjaya menamatkan pembelajaran di MATA akan dianugerahkan sijil sanad Al - quran yang bersambung dengan nabi, disamping menduduki ujian SPM.

Selain itu, pelajar juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara sebagaimana yang telah digariskan dalam 12 kelebihan MATA.




Melahirkan Generasi Contoh


Pendidikan yang lengkap adalah pendidikan yang seimbang penghayatannya dari segi ilmu akademik dan pembangunan sahsiah pelajar, terutama bila penguasaan Al - Quran dijadikan sebagai kayu ukur dalam kemajuan insani.

Mendaftar di MATA adalah langkah pertama untuk menguasai pendidikan Al - Quran dan pengajian islam, justeru membentuk peribadi contoh kepada masyarakat dan negara.

0 ulasan: