Pengenalan Apa itu ijazah/sanad ? Ijazah atau sanad adalah dari guru yang sudi mengijazahkan kepada pembaca bahawa pelajar telah memba...

Ijazah Sanad

Pengenalan

Apa itu ijazah/sanad ?


Ijazah atau sanad adalah dari guru yang sudi mengijazahkan kepada pembaca bahawa pelajar telah membaca ke atasnya Al quran secara sempurna samada secara tidak melihat Al quran atau melihat Al quran, serta membacanya secara bertajwid.

Kepentingan Ijazah/Sanad


1. Imam Ibnu Mubarak telah menukilkan daripada Imam Muslim di dalam mukaddimah kitab sohihnya bahawa dia berkata: "Bersanad adalah dari agama, sekiranya tanpa sanad maka manusia akan berkata sesuka hatinya", dan dia juga berkata: "Menuntut sanad yang bersambung adalah sebahagian dari agama."

2. Daripada Ali Al Qari : "Sanad adalah satu anugerah untuk ummat ini, dan satu sunnah yang di tuntut."

3. Daripada Sufyan As-Shauri dia berkata tentang kelebihan bersanad bahawa "Sanad adalah senjata orang mukmin."

4. Berkata Ibnu Kathir di dalam kitab ‘Al Ba’iu Al Hathith’ : "Sesungguhnya sanad itu adalah satu keistimewaan dari ummat ini, dan ianya tidak terdapat pada ummat dulu, yang membolehkan sanad itu bersambung terus kepada nabi."

5. Berkata Al Hafiz Abi Bakr Muhammad Al Asbahani : "Telah sampai kepadaku bahawa ALLAH mengkhususkan kepada ummat ini akan 3 perkara yang tidak di beri kepada ummat dahulu : bersanad, Al Ansab dan Al I’rab."


Tujuan program :


1. Ingin memperbanyak bilangan manusia yang membawa Al quran dengan baik dan bersambung sanadnya kepada nabi S.A.W, untuk menjaga Al quran daripada kesalahan dan penyelewengan.

2. Supaya manusia beramal/bergerak untuk menyebarkan sanad-sanad yang sohih yang dipercayai oleh ahlinya dan menutup pintu pembohongan.

Jenis-Jenis Ijazah / Sanad  Pada Al Quran


Ijazah / Sanad Secara Melihat Al Quran


Ia bermaksud : seorang pelajar membaca Al quran sepenuhnya dengan cara melihat Al quran dan memyempurnakan bacaannya dengan membetulkan makhraj, sifat dan baris Al quran. Pelajar akan di anugerahkan sijil / syahadah penghargaan dari pihak Maahad. Di samping itu, Pelajar akan diberi markah mengikut tahap di mana guru/syeikh akan membaca kepada pelajar yang berjaya membaca Al quran sekadar mampu tanpa melihat Al quran.

Ijazah / Sanad Secara Tasmi’ atau Secara Tidak Melihat Al Quran


Seorang pelajar membaca Al quran sepenuhnya dengan baik, tekun dan tanpa melihat Al Quran, serta menjaga makhraj huruf seperti bacaan Arab. Pihak Maahad akan menganugerahkan bagi pelajar tersebut dua ijazah iaitu:


  1. 1. Ijazah dari guru yang memantau bacaan pelajar tersebut.
  2. 2. Ijazah dari pihak Akademi Imtiaz sebagai penghargaan kerana telah menyempurnakan program.

Syarat Kelayakan Program

Program Ijazah / Sanad Secara Melihat Al Quran :

  1. 1. Keutamaan untuk pelajar yang telah belajar makhraj huruf serta sifat-sifatnya.
  2. 2. Keutamaan kepada mereka yang telah  belajar manhaj atau kaedah hukum tilawah dan tajwid.

Program Ijazah / Sanad Tanpa Melihat Al Quran :

  1. 1. Pelajar mestilah telah menghafaz Al quran
  2. 2. Keutamaan kepada mereka yang telah  belajar manhaj atau kaedah hukum tilawah dan tajwid.