Program Tamhidi (Permulaan) Program Tamhidi adalah penting bagi pelajar baru (tahap rendah) : Program belajar membaca huruf-huruf arab ...

Program Tamhidi

Program Tamhidi (Permulaan)


Program Tamhidi adalah penting bagi pelajar baru (tahap rendah) :
  1. Program belajar membaca huruf-huruf arab
  2. Program belajar makhraj huruf arab dan sifatnya

Program Belajar Membaca Huruf-Huruf Arab


Sesungguhnya setiap Bahasa mempunyai tulisan atau gambaran yang di bentuk melalui suara, Bahasa  Arab berbeza dari sudut hurufnya berbanding Bahasa lain. Membaca huruf-huruf  bahasa arab memerlukan kepada pembelajaran,latih tubi, praktikal dan penulisan,

Hakikatnya Bahasa  Arab antara bahasa yang mudah untuk di pelajari dari sudut pembacaan. Firman Allah :
  
"Dan sesungguhnya kami mempermudahkan Al quran untuk mengingatinya."

Ini terbukti betapa ramainya bangsa yang bukan arab mempelajarinya dalam jangka masa yang lama, kerana mereka mempercayai bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya ilmu itu di dapati dengan belajar."

Di Akademi Imtiaz pelajar akan mampu untuk mempelajari pembacaan huruf-huruf Bahasa Arab dengan menggunakan teknik mudah sehinga pelajar dapat kuasainya.


Program Belajar Makhraj Huruf Arab dan Sifatnya


Sesungguhnya setiap bahasa mempunyai huruf-huruf tertentu,dan setiap huruf mempunyai sebutannya. Perbezaan ini di sebabkan oleh dua perkara :
  1. >Tempat keluar huruf atau di sebut makhraj.
  2. >Sifat yang membezakan setiap huruf, samada huruf  itu mempunyai makhraj yang bersendirian atau makhraj yang berkongsi dengan huruf lain.
Kemudian setiap huruf mempunyai masa khas, apabila bertambah atau berkurang, Makna huruf tersebut akan cacat atau boleh membaca kepada ketiadaan makna.

Oleh yang demikian, mereka yang ingin mempelajari Al Quran dan Bahasa Arab perlu mengetahui ilmu Al Aswat (ilmu yang membahaskan tentang huruf dan sifat).

Di Maahad kami pelajar akan mempelajari makhraj dan sifat huruf-huruf  Bahasa Arab dengan menggunakan teknik yang berkesan untuk para pelajar.

Makhraj Hurf-Huruf Hijaiyah