Subjek : qawaid (Nahu dan Soraf/Sintax dan Mophorlogy) Ilmu Nahu/sintax Ilmu Nahu adalah salah satu ilmu-ilmu Bahasa Arab yang bertujua...

Qawaid (Nahu & Soraf)

Subjek : qawaid (Nahu dan Soraf/Sintax dan Mophorlogy)

Ilmu Nahu/sintax


Ilmu Nahu adalah salah satu ilmu-ilmu Bahasa Arab yang bertujuan untuk membina ayat/jumlah,ia juga membahaskan tentang kaedah-kaedah I'rab. Melalui ilmu nahu pelajar akan mampu untuk membezakan antara kata nama,kata kerja dan kata sendi,dan menguasai kata nama/kerja yang marfu', kata nama/kerja yang mansub, dan kata nama yang majrur, dan kata kerja yang majzum.

Ilmu Soraf/Morphology


Ilmu yang membahaskan tentang pembentukkan kalimah dalam Bahasa Arab dan hal keadaan satu perkataan seperti : ( أكل – يأكل – كل )

Objektif Pengajian Subjek Qawaid :

  1. 1. Mensifarkan kesalahan ketika bertutur
  2. 2. Membina jumlah ayat dalam pelbagai gaya bahasa
  3. 3. Latihan percakapan dan mempraktikkan semua kaedah bahasa dan nahu 
  4. 4. Melatih pelajar untuk membaca dengan baris yang betul.
  5. 5. Mengajar kepada pelajar teknik/cara bina kalimah yang betul.