تعريف البرنامج Pengenalan Program ini di jalankan bertujuan untuk menghafal Al quran serta menyebut huruf/bacaan dengan betul, dan men...

Tahfiz

تعريف البرنامج

Pengenalan


Program ini di jalankan bertujuan untuk menghafal Al quran serta menyebut huruf/bacaan dengan betul, dan menjaga hukum-hukumnya dengan teliti, memperhalusi di dalam ilmu waqaf dan ibtida’.

Program ini mengajak golongan yang berminat untuk menghafal Al quran sepenuhnya melalui :

1. Kaedah yang telah di tetapkan oleh pihak Maahad

2. Kaedah yang tidak di tetapkan, iaitu mereka yang mahu menghafal sesetengah dari surah-surah Al quran, dan kaedah ini adalah pilihan. Pihak Maahad hanya meletakkan jadual yang sesuai mengikut pilihan peserta.

Dalam program ini pelajar akan didedahkan bagaimana cara/kaedah yang berkesan untuk menghafal, mengulangi bacaan lama, dan bagaimana untuk menjaga apa yang telah pun di hafal.

Tujuan Utama Program Tahfiz Al-Quran :


1. Menghafaz Al-Quran sebagaimana ia di turunkan, dan melagukannya sebagaimana Rasulullah S.A.W mengajarkannya kepada para sahabat tanpa mencacatkan hukum tajwid dan tilawah.

2. Sebagai pra-syarat untuk memasuki program ijazah/sanad Al-Quran dari guru pakar dan berpengalaman.

3. Memperbanyakkan huffaz Al-Quran, bertujuan untuk menyucikan hati, memperbaiki ummah dan menjaga al quran dengan baik.

4. Membuka peluang/bidang luas kepada orang islam/muallaf yang terdiri dari pelbagai bangsa untuk mengenali Al-Quran secara jelas.

5. Menolong orang islam untuk menghalusi Bahasa Arab dan maknanya melalui pergaulan mereka bersama Al-Quran.

6. Membentuk proses pengulangan Al-Quran bersama  para huffaz, ini bagi memudahkan hafazan mereka terhadap Al-Quran.

7. Mengajar Al-Quran kepada orang islam cara bacaan yang tepat, serta hukum tilwah dan tajwud.

Program Tahfiz Al Quran  

Kelayakan untuk Program


Mereka yang ingin menghafaz Al Quran/Terbuka semua peringkat umur.
  1. Program Pertama :  Pilihan hafazan DAN Surah-surah Lazim.
  2. Program Kedua :  Hafazan secara berkaedah/sepenuhnya.
==========================
Program Pertama :  Pilihan Hafazan DAN Surah-Surah Lazim.
==========================

>>Surah Lazim adalah surah yang anda biasa dibaaca dalam solat lima waktu dan solat sunat.

>>Pilihan hafazan: pelajar/peserta di minta memilih surah yang menjadi pilihannya,dan pihak Maahad akan memberi jadual yang sesuai mengikut system yang di tetapkan.
==========================
Program kedua :  Hafazan Secara Berkaedah / Sepenuhnya
==========================

Program ini meletakkan syarat kepada para pelajar untuk menghabiskan hafazan pada semua surah / Al-Quran sepenuhnya dalam tempoh lima tahun, mengikut sistem yang telah di gariskan.