البرنامج : تحسين تلاوة Program : Tahsin / Memperelokkan Al quran (Talaqi Musyafahah) Pengenalan 1. Program ini di jalankan oleh bebe...

Tahsin Tilawah

البرنامج : تحسين تلاوة


Program : Tahsin / Memperelokkan Al quran (Talaqi Musyafahah)

Pengenalan

1. Program ini di jalankan oleh beberapa guru/syeikh yang mempunyai kepakaran di dalam bidang Al quran, Mereka mengajar dan menjaga kesucian al quran.

2. Pelajar akan mampu menyebut makhraj huruf dengan baik,mengenal sifat-sifat huruf,dan menguasai hukum hakam tajwid dan tilawah.

3. Pelajar akan mempelajari bagaimana membaca huruf bahasa arab dengan betul,begitu juga bagaimana untuk membaca al quran secara betul.

4. Pelajar akan membaca al quran secara berlagu/tarannum mengikut kaedah-kaedah yang betul yang tidak keluar dari hukum tajwid dan tilawah.

5. Pelajar juga akan mengikuti secara praktikal dalam ilmu waqaf dan ibtida’.

Tujuan Program

1. Agar menyebut huruf-huruf arab dengan betul dari sudut makhraj dan sifat huruf secara sempurna.

2. Mempraktikkan hukum tilawah dan tajwid secara itqan/terperinci.

3. Mempelajari waqaf dan ibtida’.

4. Sebagai satu pendekatan untuk memasuki program tahfiz di akademi imtiaz.

Kelayakan


Terbuka untuk semua peringkat umur dan mereka yang ingin mempelajari tilawah Al quran.