البرنامج : أحكام التجويد والتلاوة Program : Hukum Hukum Tajwid dan Tilawah Pengenalan program Program ini di jalankan oleh beberapa ...

Tajwid & Tilawah

البرنامج : أحكام التجويد والتلاوة

Program : Hukum Hukum Tajwid dan Tilawah

Pengenalan program


Program ini di jalankan oleh beberapa guru yang telah memperoleh ijazah di dalam bidang Al Quran dan mempunyai kepakaran di dalam bidang ini. Pelajar akan mempelajari hukum hakam tajwid dan tilawah secara :

1. Pelajar akan berusaha untuk memperhalusi hukum tajwid secara amali,dan guru akan memperbetulkan kesalahannya.

2. Pelajar hendaklah memperbaguskan tarannum dengan al quran ,menjiwai maknanya dan memahami isi dan maksudnya sebagaimana ia di turunkan.

Tujuan program

1. Membenarkan firman Allah : "Dan bacalah al quran secara tartil iaitu secara bertajwid."

2. Membenarkan firman Allah : "Sesungguhnya kamilah yang menurunkan Al quran dan kami juga yang akan menjaganya."

3. Membetulkan mana-mana kesalahan samada pada tilawah atau tajwid.

4. Menolong pelajar untuk mentadabbur Al quran,kerana memperbaguskan tilawah adalah satu jalan untuk mentadabbur Al quran.

Kelayakan


1. Terbuka kepada orang awam dan mereka yang mahu mempelajari ilmu tilawah dan tajwid bukan hanya pada teori malah di praktikkan.

2. Mereka yang ingin membaca al quran sebagaimana di turunkan.